免运输费凡买上RM88*;礼篮与礼盒价值RM199或以上*(单位计算)

POLISI PRIVACY

Eu Yan Sang (1959) Sdn. Bhd. (dan kumpulan syarikatnya) (“EYSKL”)  adalah komited untuk memastikan bahawa data peribadi pelanggan-pelanggan yang kami hargai dan SEMUA pihak yang berurusan dengan pihak EYSKL (selepas ini dirujuk sebagai “Subjek Data”) adalah dilindungi. Polisi Privasi ini akan menerangkan bagaimana pihak EYSKL memproses (yang bermaksud antara lain, mengumpul, merekod, memegang dan menyimpan) data peribadi anda.
Pihak EYSKL  mempunyai hak untuk menyemak dan/atau meminda Polisi Privasi ini pada bila-bila masa. Versi yang telah dikemaskini tersebut akan dipaparkan di laman sesawang pihak EYSKL.  Melainkan anda menghubungi pihak EYSKL berkenaan dengan yang tersebut (butiran EYSKL untuk dihubungi adalah sepertimana dinyatakan di dalam perenggan 8 dibawah), anda dianggap telah menerima Polisi Privasi versi yang telah dikemaskini.

1.    Pengumpulan Data Peribadi
    Pihak kami mengendalikan dan mengambil dengan serius hal berkaitan data peribadi anda.

Pelanggan, bakal pelanggan atau penerima produk dan/atau perkhidmatan pihak EYSKL.
Di dalam masa anda berurusan dengan pihak EYSKL (dan/atau mana-mana pengedar/peniaganya yang sah), pihak kami boleh mengumpul dari anda, wakil anda yang sah atau pihak ketiga yang memberi data dan maklumat  berkenaan anda  (“Data Peribadi”) kepada pihak EYSKL (dan/atau mana-mana pengedar/peniaganya yang sah). Data Peribadi yang tersebut diberikan kepada pihak EYSKL (dan/atau mana-mana pengedar/peniaganya yang sah) menerusi pembelian anda atau pembelian pihak ketiga produk dan/atau perkhidmatan pihak EYSKL (sama ada secara dalam talian atau di luar talian) dimana anda dinamakan sebagai penerima yang tersebut, permohonan anda untuk program keahlian EYSKL,  interaksi anda dengan pihak EYSKL (dan/atau mana-mana pengedar/peniaganya yang sah) di majlis, kempen pemasaran atau promosi dan sebagainya yang dianjurkan oleh pihak EYSKL atau selainnya, penggunaan laman sesawang EYSKL di http://www.euyansang.com.my/ dimana cookies digunakan atau menerusi apa-apa bentuk komunikasi antara anda dan pihak EYSKL (dan/atau mana-mana pengedar/peniaganya yang sah). Pemprosesan Data Peribadi anda adalah perlu bagi pihak kami untuk memproses pembelian anda atau pembelian pihak ketiga produk dan/atau perkhidmatan (sama ada secara dalam talian atau di luar talian) dimana anda adalah dinamakan sebagai penerima yang tersebut, permohonan anda untuk pendaftaran sebagai ahli program keahlian EYSKL, dan/atau untuk  pihak kami melaksanakan apa-apa obligasi kontrak  terhadap anda atau pihak ketiga.

Penyewa individu kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, duta, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga, pengedar  dan pekerja kepada penyewa korporat kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga, pengedar.
Di dalam masa anda berurusan dengan pihak EYSKL, kami mengumpul dan/atau  anda memberi data dan maklumat berkenaan diri anda (“Data Peribadi”) kepada pihak EYSKL. Data Peribadi yang tersebut diberikan kepada pihak EYSKL menerusi permohonan anda untuk menjadi penyewa individu kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, duta, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga, pengedar atau permohonan pekerja anda untuk menjadi penyewa korporat kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga, pengedar (sama ada secara dalam talian atau di luar talian), anda berurusan dengan pihak EYSKL sebagai penyewa individu kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, duta, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga, pengedar  atau sebagai wakil kepada penyewa korporat kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga atau penjual, penggunaan laman sesawang EYSKL di http://www.euyansang.com.my/ dimana cookies digunakan atau menerusi apa-apa bentuk komunikasi antara anda dan pihak EYSKL. Pemprosesan Data Peribadi anda adalah perlu untuk pihak kami memproses permohonan anda menjadi penyewa individu kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, duta, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga, pengedar atau permohonan pekerja anda untuk menjadi penyewa korporat kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga, pengedar (sama ada secara dalam talian atau di luar talian dan/atau untuk pihak kami melaksanakan apa-apa obligasi kontrak terhadap anda atau pekerja anda.


2.    Jenis-Jenis Data Peribadi
Data Peribadi yang tersebut adalah termasuk maklumat berkenaan dengan nama, umur, nombor kad pengenalan, nombor passport, alamat (termasuk alamat penghantaran dan alamat bil), jantina, tarikh lahir, maklumat untuk dihubungi, alamat email, nombor telefon, kewarganegaraan, maklumat pembayaran (nombor kad kredit dan tarikh luput) dan nama syarikat (jika berkenaan).

3.    Kesan akibat daripada kegagalan untuk memberi Data Peribadi
Pelanggan, bakal pelanggan atau penerima barangan produk dan/atau perkhidmatan pihak EYSKL.
Kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi yang tersebut atau jika Data Peribadi yang diberikan tidak memuaskan pihak EYSKL (dan/atau pengedar/peniaganya yang sah), akan menyebabkan pihak kami tidak dapat memproses pembelian anda atau pembelian pihak ketiga barangan produk dan/atau perkhidmatan pihak EYSKL (sama ada secara dalam talian atau di luar talian) dimana anda dinamakan sebagai penerima dan/atau permohonan anda untuk program keahlian EYSKL dan sebagainya.

Penyewa individu kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, duta, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga, pengedar  dan pekerja kepada penyewa korporat kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga, pengedar.
Kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi yang tersebut atau jika Data Peribadi yang diberikan tidak memuaskan pihak EYSK, akan menyebabkan pihak kami tidak boleh memproses permohonan anda atau permohonan pekerja anda untuk menjadi penyewa kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, duta, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga atau pengedar (sama ada secara dalam talian atau di luar talian) dan/atau untuk pihak kami melaksanakan apa-apa obligasi kontrak terhadap anda atau pekerja anda.

4.    Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
Data Peribadi yang anda berikan akan dikumpul, diguna dan selain di proses oleh pihak kami untuk tujuan berikut:

Pelanggan, bakal pelanggan atau penerima produk dan/atau perkhidmatan EYSKL
1.    Memproses pembelian anda atau pembelian pihak ketiga produk dan/atau perkhidmatan pihak EYSKL (sama ada secara dalam talian atau di luar talian) yang mana anda dinamakan sebagai penerima yang tersebut;
2.    Memproses  permohonan anda untuk program keahlian EYSKL;
3.    Untuk pengguna EYSKL atau prosedur pengurusan hubungan pelanggan untuk memantau dan menambah baik perkhidmatan pihak kami;
4.    Pemasaran apa-apa perkhidmatan atau produk yang menarik minat anda;
5.    Untuk tujuan spesifik yang diperuntukan dalam apa-apa perkhidmatan atau produk khusus yang ditawarkan oleh pihak kami;
6.    Menjalankan pemasaran dan aktiviti pemprofilan pelanggan berhubung dengan perkhidmatan kami dan produk berkaitan;
7.    Untuk simpanan rekod dalaman pihak kami;
8.    Pungutan bayaran daripada anda;
9.    Memenuhi apa-apa keperluan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan produk dan membuat pendedahan mengikut keperluan mana-mana undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada pihak kami atau mana-mana syarikat ESYKL;
10.    Untuk tujuan skim keistimewaan ahli;
11.    Untuk mengeluarkan baucar pelanggan dan/atau mengurus apa-apa faedah pelanggan; dan
12.    Untuk tujuan yang berkaitan dengan diatas (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyelidikan, penandaarasan dan analisa statistik).  

Penyewa individu kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, duta, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga, pengedar dan pekerja penyewa korporat kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga, pengedar.

1.    Memproses permohonan anda untuk menjadi penyewa individu kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, duta, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga, pengedar atau permohonan pekerja penyewa korporat kami, tuan tanah, konsultan/penasihat, penjual, pembekal, pembekal perkhidmatan, peniaga, pengedar.
2.    Menjalan pemeriksaan kredit ke atas anda;
3.    Pemasaran apa-apa perkhidmatan atau barang yang menarik minat anda atau pekerja anda;
4.    Untuk tujuan spesifik yang diperuntukan dalam apa-apa perkhidmatan atau produk  khusus yang ditawarkan oleh pihak kami;
5.    Untuk tujuan simpanan rekod dalaman;
6.    Pungutan bayaran dari anda atau pekerja anda;
7.    Memenuhi apa-apa keperluan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan produk dan membuat pendedahan dibawah keperluan mana-mana undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada kami atau mana-mana syarikat ESYKL; dan
8.    Untuk tujuan berkaitan dengan mana-mana yang diatas (termasuk tetapi tidak terhad kepada penyelidikan, penandaarasan dan analisa statistik)  


5.    Pendedahan
Data Peribadi yang diberikan kepada pihak EYSKL (atau mana-mana pengedar dan/atau peniaganya yang sah) akan secara amnya disimpan rahsia tetapi anda dengan ini bersetuju untuk Data Peribadi anda diproses oleh pihak EYSKL (dan/atau pengedar dan/atau peniaganya yang sah) untuk tujuan yang dinyatakan di dalam perenggan 4 di atas. Pihak EYSKL (atau mana-mana pengedar dan/atau peniaganya yang sah) boleh mendedahkan Data Peribadi yang telah anda berikan kepada pihak-pihak dalam kategori berikut;
1.    Mana-mana orang yang mana kami dipaksa atau dikehendaki berbuat demikian  menurut undang-undang  atau sebagai jawapan kepada agensi yang berwibawa atau agensi kerajaan;
2.    Mana-mana syarikat EYSKL yang berkaitan, termasuk yang berada di luar Malaysia dan/atau yang akan ditubuhkan di masa hadapan;
3.    Rakan perniagaan dan ahli gabungan dalam talian kami yang membekal produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan syarikat kami;
4.    Agensi kerajaan,  pihak berkuasa statutori dan pengawal selia industri;
5.    Auditor, konsultan, akauntan, peguam atau mana-mana penasihat kewangan dan penasihat professional, agensi pelaporan kredit;
6.    Sub-kontraktor atau pembekal perkhidmatan dan produk pihak ketiga yang dianggap perlu dan sesuai.


6.    Perlindungan
Internet bukanlah satu medium yang selamat. Kami tidak boleh menerima apa-apa tanggung jawab untuk apa-apa akses yang tidak dibenarkan atau kehilangan Data Peribadi anda melainkan mengikut Polisi Privasi ini.
Kami telah meletakkan ditempatnya pelbagai prosedur keselamatan, peraturan dan tindakan teknikal untuk melindungi Data Peribadi anda dari sebarang kehilangan, salahguna, ubahsuai, akses yang tidak dibenarkan atau akses yang tidak disengajakan atau pendedahan, pemindaan atau kemusnahan. Semua pekerja dan pemproses data kami, yang mana mereka mempunyai akses dan berkaitan dengan pemprosesan Data Peribadi, adalah bertanggung jawab untuk menghormati kerahsiaan Data Peribadi anda.

Memandangkan pihak kami tidak boleh memberi jaminan terhadap kehilangan, salah guna atau pengubahan data tidak akan berlaku, pihak kami mengambil usaha secara munasabah untuk mengelak dari berlakunya  dari kejadian yang tidak diingini tersebut. Data Peribadi yang pihak kami kumpul dari anda akan disimpan dan disandar dengan selamat di lokasi yang dikawal dan akses yang terhad.

7.    Pemindahan Data & Perkongsian (Pemindahan & Perkongsian Data?)
Dimana pada hemat pihak kami bahawa adalah perlu fikir patut dan sesuai untuk tujuan penyimpanan data atau pemprosesan atau pembekalan apa-apa perkhidmatan atau produk bagi pihak kami kepada anda, pihak kami boleh memindah Data Peribadi anda kepada syarikat EYSKL lain yang berkaitan atau mana-mana pengedar/peniaganya  yang sah, atau pembekal perkhidmatan atau produk pihak ketiga di dalam atau di luar Malaysia yang ada dan tidak ada meletakkan perlindungan serupa berkenaan dengan Data Peribadi anda dan kegunaannya adalah sebagaimana dinyatakan dalam polisi ini. Anda dengan ini bersetuju untuk pemindahan Data Peribadi anda ke tempat diluar Malaysia.

8.    Hak Anda untuk Akses dan Pembetulan
8.1    Anda mempunyai hak untuk (memohon akses) dan pembetulan Data Peribadi anda yang dipegang oleh pihak kami dan dengan ini, anda boleh;
1.    memeriksa sama ada kami memegang atau mengunakan Data Peribadi anda dan memohon untuk mengakses data tersebut;
2.    memohon pihak kami memperbetulkan mana-mana Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau luput tarikh; dan
3.    meminta Data Peribadi anda disimpan oleh pihak kami hanya selagi ianya diperlukan bagi memenuhi keperluan tujuan data tersebut dikumpul;
4.    meminta pihak kami menyatakan atau menerangkan polisi dan prosedur pihak kami berkenaan dengan data dan jenis-jenis Data Peribadi yang dikendalikan oleh pihak kami; dan
5.    Memaklumkan kepada pihak kami bantahan anda tentang penggunaan Data Peribadi untuk tujuan pemasaran yang mana pihak kami tidak akan menggunakan Maklumat Peribadi anda  untuk tujuan tersebut; dan
6.    Menarik balik, dengan sepenuhnya atau sebahagian, persetujuan yang telah diberikan sebelumnya, di dalam setiap kes tertakluk kepada apa-apa halangan undang-undang yang terpakai, keadaan-keadaan kontraktual dan tempoh masa yang munasabah.

8.2         Pihak yang anda boleh membuat permintaan bertulis bagi tujuan untuk
mengakses Maklumat Peribadi atau pembetulan dan/atau  pemadaman Maklumat Peribadi atau maklumat berkenaan dengan polisi dan prosedur dan jenis-jenis Maklumat Peribadi yang dikendalikan oleh pihak kami adalah;

Pejabat Perlindungan Data

Alamat Email  : info@euyansang.com.my
Telepon : 1300 888 213
Alamat : L2-01 & L2-02, 2nd Floor, Shaw Parade, No. 152, Changkat Thambi Dollah, 55100, Kuala Lumpur.