Free delivery above RM120* ; Hamper & Gift RM199 & above per unit*

EU YAN SANG (1959) SDN BHD (dan kumpulan syarikatnya (‘EYSMY’)

DASAR PRIVASI


1.    PENGENALAN 

EU YAN SANG (1959) SDN BHD (‘EYSMY”) (termasuk syarikat subsidiari, syarikat berkaitan serta syarikat bersekutunya (“EYSMY”, “kami”, “milik kami” atau “kita”) komited untuk melindungi dan memelihara data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010) Malaysia.

Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, mengguna, mendedah, menyimpan dan memproses data peribadi milik individu dan entiti yang berinteraksi atau berurusan dengan kami termasuk tetapi tidak terhad kepada pelanggan, penyewa, tuan tanah, vendor, pembekal, kontraktor, penyedia perkhidmatan, rakan niaga, pelawat dan mana-mana pihak lain yang berurusan dengan EYSMY (secara kolektif dirujuk sebagai “Subjek Data”).

Tujuan Dasar Privasi ini adalah untuk memastikan ketelusan dan memaklumkan anda mengenai:
(a)     jenis data peribadi yang kami kumpul dan proses;
(b)    tujuan data peribadi anda dikumpul dan diproses;
(c)     pihak-pihak yang kepada mereka data peribadi anda boleh didedahkan;
(d)     hak-hak anda berhubung dengan data peribadi anda; dan
(e)     langkah-langkah yang diambil oleh EYSMY untuk melindungi data peribadi anda.

Bagi tujuan Dasar Privasi ini, terma “data peribadi” dan “pemprosesan” hendaklah mempunyai maksud yang sama sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 4 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010).

Dengan berurusan, berkomunikasi atau menjalankan transaksi dengan EYSMY, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini serta memberikan persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi anda selaras dengan terma-terma yang dinyatakan di dalam ini.

2.    PENGUMPULAN DATA PERIBADI

2.1    Data Peribadi 
Dalam urusan atau penglibatan anda dengan EYSMY (termasuk kumpulan syarikatnya) dan/atau pengedar, peniaga, ejen, wakil atau penyedia perkhidmatan yang diberi kuasa olehnya (secara kolektif dirujuk sebagai “EYSMY”), kami mungkin mengumpul data peribadi dan maklumat mengenai anda (“Data Peribadi”), sama ada secara langsung daripada anda, wakil sah anda atau daripada pihak ketiga.
Data Peribadi anda mungkin dikumpul melalui pelbagai cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
(a)     pembelian produk dan/atau perkhidmatan EYSMY oleh anda atau pihak ketiga (sama ada secara dalam talian atau luar talian) di mana anda dikenal pasti sebagai penerima;
(b)     penyewaan, pemilikan, pajakan atau urusan berkaitan hartanah anda dengan EYSMY;
(c)     permohonan anda untuk menyertai atau penyertaan anda dalam mana-mana program keahlian, kesetiaan atau ganjaran EYSMY;
(d)    pelantikan atau penglibatan anda sebagai vendor, pembekal, kontraktor, perunding, penyedia perkhidmatan atau rakan niaga;
(e)     penyertaan anda dalam acara, kempen pemasaran, tinjauan atau promosi yang dianjurkan atau diuruskan oleh EYSMY;
(f)     lawatan anda ke atau penggunaan laman sesawang EYSMY di www.euyansang.com.my termasuk melalui penggunaan kuki (cookies) atau teknologi penjejakan dalam talian yang lain; atau
(g)     apa-apa bentuk komunikasi, surat-menyurat atau interaksi lain dengan EYSMY sama ada secara bertulis, elektronik atau bersemuka.

Pemprosesan Data Peribadi anda adalah perlu bagi membolehkan EYSMY:
(a)     mengurus dan mentadbir perniagaan atau hubungan kontraktualnya dengan anda atau mana-mana pihak ketiga yang berkaitan;
(b)     memproses transaksi, pembayaran, pesanan, penghantaran atau perkhidmatan yang diminta oleh anda atau pihak ketiga;
(c)     menilai, mengurus atau memudahkan permohonan, penglibatan atau penyertaan anda dalam mana-mana aktiviti perniagaan, program atau kerjasama EYSMY;
(d)     mematuhi kewajipan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa; dan/atau
(e)     melaksanakan apa-apa tujuan perniagaan sah yang lain sebagaimana dibenarkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan undang-undang lain yang berkaitan.

2.2    Data Peribadi Sensitif
Dalam keadaan tertentu, EYSMY mungkin mengumpul, mengguna dan memproses data peribadi sensitif mengenai anda, yang mungkin termasuk maklumat berkaitan kesihatan fizikal atau mental anda, status kewangan, kepercayaan agama, atau apa-apa data lain yang ditakrifkan sebagai data peribadi sensitif di bawah PDPA 2010.

Data tersebut hanya akan diproses:
(a)     dengan persetujuan nyata anda;
(b)     apabila ia perlu bagi pelaksanaan obligasi kontraktual atau penyediaan perkhidmatan kepada anda;
(c)     apabila ia dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang; atau
(d)     apabila ia selainnya dibenarkan di bawah PDPA 2010.

EYSMY hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa pemprosesan data peribadi sensitif dilaksanakan secara selamat dan sulit, serta selaras dengan prinsip-prinsip perlindungan data yang ditetapkan di bawah PDPA 2010.

2.3    Jenis Data Peribadi yang Dikumpul 
Jenis Data Peribadi yang dikumpul oleh EYSMY mungkin berbeza bergantung kepada sifat hubungan atau penglibatan anda dengan kami. Data Peribadi tersebut mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kategori berikut:

(a)     Data Pengenalan; seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, tarikh lahir, jantina, kewarganegaraan dan apa-apa butiran pengenalan lain.

(b)     Data Hubungan; seperti alamat rumah, perniagaan dan surat-menyurat, alamat e-mel serta nombor telefon atau telefon bimbit.

(c)     Data Pekerjaan dan Perniagaan; seperti nama syarikat, nombor pendaftaran perniagaan, jawatan, jabatan, jenis perniagaan dan butiran majikan, penyewa, tuan tanah, vendor, kontraktor atau pihak berkaitan yang lain.

(d)     Data Kewangan dan Transaksi; seperti butiran akaun bank, maklumat pengebilan dan pembayaran, butiran kad kredit, penyata kewangan serta rekod transaksi atau urusan dengan EYSMY.

(e)     Data Hartanah dan Penyewaan; seperti maklumat penyewaan atau pemilikan, alamat hartanah, butiran unit dan apa-apa maklumat kontraktual atau pengebilan berkaitan pengurusan hartanah atau pajakan.

(f)     Data Teknikal dan Penggunaan; seperti alamat IP, data log masuk, jenis pelayar, log akses dan maklumat yang dikumpul melalui kuki (cookies) atau teknologi penjejakan lain apabila anda melawati atau berinteraksi dengan laman sesawang atau platform digital EYSMY.

(g)     Data Pemasaran dan Komunikasi; seperti pilihan anda dalam menerima bahan pemasaran, maklum balas terhadap tinjauan, penyertaan dalam kempen atau acara serta rekod komunikasi dengan EYSMY.

(h)     Data Imej dan Audio-Visual; seperti gambar, rakaman CCTV atau rakaman video/audio yang dikumpul semasa acara, pemantauan keselamatan atau di premis EYSMY.

(i)     Data Peribadi Sensitif; sebagaimana ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat berkaitan kesihatan, kepercayaan agama atau kedudukan kewangan anda, yang hanya akan diproses selaras dengan undang-undang yang terpakai dan dengan persetujuan anda apabila diperlukan.

EYSMY hendaklah hanya mengumpul Data Peribadi yang perlu bagi tujuan pengumpulan yang berkaitan dan hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi tersebut adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemas kini.

3.    TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI

EYSMY mungkin mengumpul, mengguna, mendedah dan selainnya memproses Data Peribadi anda bagi satu atau lebih tujuan berikut, bergantung kepada sifat hubungan atau penglibatan anda dengan kami:

3.1    Tujuan Pentadbiran dan Perniagaan Am
(a)     untuk mewujudkan, mengurus dan mentadbir sebarang hubungan perniagaan atau kontraktual dengan anda atau organisasi anda;
(b)     untuk memproses pesanan, transaksi, pembayaran, penghantaran atau perkhidmatan yang diminta oleh anda atau bagi pihak anda;
(c)     untuk mengesahkan identiti anda dan menjalankan semakan latar belakang atau kredit (jika berkenaan);
(d)     untuk menyelenggara rekod dalaman, akaun dan dokumentasi yang sewajarnya;
(e)     untuk mengurus hal-hal berkaitan penyewaan, pajakan atau hartanah, termasuk pengebilan, penyelenggaraan dan surat-menyurat;
(f)     untuk memudahkan komunikasi perniagaan, mesyuarat dan perkara-perkara operasi antara anda dan EYSMY; dan
(g)     untuk menjawab pertanyaan, permintaan atau aduan anda.

3.2    Pematuhan Undang-Undang dan Peraturan
(a)    untuk mematuhi undang-undang, peraturan, garis panduan atau perintah mahkamah yang berkuat kuasa;
(b)     untuk menyedia, mengesah dan mengemuka e-Invois serta maklumat berkaitan kepada LHDN, yang mungkin termasuk data peribadi seperti nama, nombor pengenalan, butiran hubungan dan maklumat transaksi;
(c)     untuk membantu dalam siasatan, tindakan penguatkuasaan atau prosiding yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang sah;
(d)     untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan tadbir urus korporat, audit dan pengurusan risiko; dan
(e)     untuk menguatkuasa atau mempertahankan hak atau kepentingan undang-undang EYSMY.

3.3    Pemasaran, Komunikasi dan Hubungan Pelanggan
(a)     untuk berkomunikasi dengan anda mengenai produk, perkhidmatan, promosi, kempen, acara atau program yang dianjurkan oleh EYSMY (termasuk kumpulan syarikatnya, pengedar atau rakan niaga);
(b)     untuk memaklumkan anda mengenai kemas kini, pelancaran produk baharu, keistimewaan keahlian atau tawaran khas yang mungkin menarik minat anda;
(c)     untuk menjalankan penyelidikan pasaran, tinjauan dan penilaian kepuasan pelanggan; dan
(d)     untuk mengekalkan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan dan keseluruhan pengalaman penglibatan.

3.4    Keselamatan dan Pengurusan Hartanah
(a)     untuk memantau dan mengekal keselamatan premis EYSMY melalui penggunaan CCTV atau sistem pengawasan lain;
(b)     untuk mengawal akses ke premis dan mengurus rekod pelawat atau kontraktor; dan
(c)     untuk mencegah, mengesan dan menyiasat insiden, salah laku atau aktiviti yang menyalahi undang-undang.

3.5    Tujuan Perniagaan Sah yang Lain
(a)     untuk memudahkan penggabungan, pengambilalihan, penstrukturan semula atau transaksi korporat lain;
(b)     untuk menyimpan, membuat salinan sandaran atau memproses data secara dalaman atau melalui penyedia perkhidmatan luar; dan
(c)     untuk apa-apa tujuan lain yang berkaitan secara langsung dengan atau yang munasabah perlu bagi operasi dan pentadbiran perniagaan EYSMY sebagaimana dibenarkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

4.    PENDEDAHAN DATA PERIBADI

Data Peribadi anda yang dipegang oleh EYSMY akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, ia mungkin didedahkan, dikongsi atau selainnya disediakan kepada pihak-pihak berikut, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, bagi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini dan sebagaimana dibenarkan atau dikehendaki di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010:

4.1     Dalam Kumpulan EYSMY
syarikat induk, subsidiari, syarikat berkaitan dan syarikat bersekutu EYSMY atau mana-mana pekerja, pegawai dan kakitangan yang diberi kuasa yang memerlukan maklumat tersebut dalam menjalankan tugas mereka.

4.2     Rakan Kongsi dan Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga yang Diberi Kuasa
pengedar, peniaga, kontraktor, vendor, pembekal, penasihat profesional (termasuk juruaudit, akauntan, peguam dan perunding), penyedia teknologi maklumat dan penyedia perkhidmatan luar lain yang dilantik oleh EYSMY untuk menyokong operasi perniagaan, pemprosesan data atau penyampaian perkhidmatan.

4.3    Rakan Niaga dan Pihak Berkepentingan 
rakan usaha sama, rakan perniagaan, tuan tanah, penyewa, pembiaya, syarikat insurans dan pihak lain yang terlibat dalam transaksi atau kerjasama dengan EYSMY.

4.4    Pihak Berkuasa Pengawalseliaan, Kerajaan dan Penguatkuasa Undang-undang
kementerian, pengawal selia, badan berkanun, agensi kerajaan atau pihak berkuasa yang berkaitan apabila diperlukan bagi pematuhan terhadap kewajipan undang-undang atau peraturan atau atas permintaan yang sah.

4.5    Institusi Professional dan Kewangan 
bank, pemproses pembayaran, agensi penarafan kredit, syarikat insurans dan institusi lain yang diperlukan bagi tujuan pembayaran, pembiayaan atau pengurusan risiko.

4.6    Bakal atau Penerima Hak atau Pemindah Hak Sebenar
mana-mana individu atau entiti yang terlibat dalam atau mempertimbangkan suatu urusan korporat seperti penggabungan, pengambilalihan, usaha sama, penjualan aset, penstrukturan semula, pembiayaan atau transaksi seumpamanya yang melibatkan EYSMY.

EYSMY hendaklah memastikan bahawa semua pihak ketiga tersebut terikat dengan obligasi kerahsiaan dan perlindungan data yang bersesuaian selaras dengan prinsip-prinsip PDPA 2010.

Sekiranya Data Peribadi dipindahkan atau diakses di luar Malaysia, EYSMY hendaklah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa pihak penerima menyediakan tahap perlindungan yang setara dengan yang dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia.

5.    PENYIMPANAN DATA PERIBADI

EYSMY hendaklah menyimpan Data Peribadi anda selama mana ia diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau bagi mematuhi keperluan undang-undang, peraturan, perakaunan atau pelaporan yang berkuat kuasa.

Data Peribadi anda juga mungkin disimpan bagi tujuan berikut:
(a)     untuk mengekalkan rekod perniagaan, transaksi dan kewangan yang tepat;
(b)     untuk membolehkan EYSMY melaksanakan atau mempertahankan hak dan kepentingan undang-undangnya;
(c)     untuk mematuhi dasar dalaman berkaitan penyimpanan data, audit dan pengurusan risiko; dan
(d)     untuk memenuhi apa-apa kewajipan di bawah undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa.

Apabila Data Peribadi tersebut tidak lagi diperlukan bagi tujuan ia dikumpulkan, atau bagi apa-apa tujuan perniagaan atau undang-undang lain yang sah, EYSMY hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data tersebut dipadam, dimusnahkan atau dinyahpengenalan secara selamat selaras dengan dasar dalaman EYSMY dan undang-undang perlindungan data yang berkenaan.

Walau bagaimanapun, EYSMY boleh menyimpan data peribadi yang terhad sekiranya perlu untuk mematuhi permintaan masa hadapan oleh pihak berkuasa pengawalseliaan bagi tujuan pembuktian atau untuk memudahkan pengaktifan semula hubungan atau akaun (jika sesuai dan dibenarkan oleh undang-undang).

6.    KESELAMATAN DATA PERIBADI

EYSMY memandang serius terhadap keselamatan dan kerahsiaan Data Peribadi anda. Kami melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, pentadbiran dan fizikal yang munasabah dan bersesuaian untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, pemalsuan, pemusnahan atau risiko-risiko lain yang seumpamanya.

Langkah-langkah tersebut mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
(a)    mengehadkan akses kepada Data Peribadi hanya kepada kakitangan yang diberi kuasa berdasarkan keperluan untuk mengetahui;
(b)     melaksanakan sistem penyimpanan dan penghantaran maklumat yang selamat;
(c)     mengekalkan dasar dan prosedur dalaman yang mengawal perlindungan data dan kerahsiaan;
(d)     menggunakan perlindungan teknologi seperti penyulitan (encryption), firewall dan sistem kawalan akses; dan
(e)     menjalankan semakan dan pengemaskinian berkala terhadap langkah-langkah keselamatan kami bagi memastikan keberkesanan yang berterusan.

Walaupun EYSMY berusaha untuk melindungi Data Peribadi anda, tiada penghantaran data melalui Internet atau mana-mana sistem penyimpanan yang boleh dijamin sebagai selamat sepenuhnya. Sehubungan itu, anda mengakui bahawa penghantaran maklumat kepada atau daripada EYSMY adalah atas risiko anda sendiri, dan EYSMY tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang akses tanpa kebenaran, pendedahan atau insiden keselamatan lain di luar kawalan munasabahnya.

7.    AKSES, PEMBETULAN DAN MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Anda berhak untuk memohon akses kepada dan pembetulan terhadap Data Peribadi anda yang dipegang oleh EYSMY, serta untuk menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan Data Peribadi anda, tertakluk pada sekatan undang-undang dan obligasi kontraktual yang berkuat kuasa.

Sekiranya anda ingin:
(a)     memohon akses kepada Data Peribadi anda;
(b)    memohon pembetulan Data Peribadi anda jika ia tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemas kini;
(c)    menarik balik persetujuan anda terhadap pemprosesan Data Peribadi anda (secara keseluruhan atau sebahagian); atau
(d)     membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan pemprosesan Data Peribadi anda,

anda boleh menghubungi kami secara bertulis di:

Pegawai Perlindungan Data  
Email      :    info@euyansang.com.my
Telefon    :    1300 888 213
Alamat     :    L2-01 & L2-02, 2nd Floor, Shaw Parade, No. 152, Changkat Thambi Dollah, 55100 Kuala Lumpur.

EYSMY boleh mengenakan fi yang ditetapkan bagi memproses permohonan akses selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Sila ambil perhatian bahawa EYSMY berhak untuk menolak permohonan yang jelas tidak berasas, berlebihan atau melanggar undang-undang yang terpakai, serta boleh meminta pengesahan identiti yang munasabah sebelum memproses sebarang permohonan.

Penarikan balik persetujuan atau kegagalan untuk memberikan Data Peribadi tertentu boleh menjejaskan keupayaan EYSMY untuk terus menyediakan produk atau perkhidmatan kepada anda atau untuk memenuhi obligasi kontraktual.

8.    PEMINDAHAN DATA PERIBADI

Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan atau diproses di luar Malaysia di mana pelayan, subsidiari, syarikat berkaitan atau penyedia perkhidmatan EYSMY berada. Pemindahan tersebut adalah perlu bagi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

EYSMY hendaklah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa sebarang pemindahan Data Peribadi tersebut mematuhi keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan bahawa pihak penerima memberikan tahap perlindungan bagi Data Peribadi anda yang setara dengan yang dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia.

Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada EYSMY, anda bersetuju dengan pemindahan dan pemprosesan Data Peribadi anda di luar Malaysia seperti yang dinyatakan di atas.

9.    PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI INI

EYSMY berhak untuk mengubah, mengemas kini atau meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa bagi mencerminkan perubahan dalam keperluan undang-undang, peraturan atau operasi.

Versi terkini Dasar Privasi ini akan disediakan di laman sesawang rasmi EYSMY di www.euyansang.com.my atau boleh diberikan atas permintaan.

Dengan terus berurusan, berkomunikasi atau menjalankan transaksi dengan EYSMY selepas sebarang pindaan tersebut, anda dianggap telah menerima versi terkini Dasar Privasi ini melainkan anda memaklumkan kepada EYSMY secara bertulis sebaliknya.

10.    PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN

Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada EYSMY, berurusan dengan EYSMY atau terus berkomunikasi atau menjalankan transaksi dengan EYSMY, anda:
(a)     mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini;
(b)     bersetuju dan memberikan persetujuan terhadap pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pemprosesan Data Peribadi anda oleh EYSMY selaras dengan Dasar Privasi ini; dan
(c)     mengesahkan bahawa semua Data Peribadi yang diberikan adalah tepat, lengkap dan terkini.

Sekiranya anda memberikan Data Peribadi pihak ketiga (seperti ahli keluarga, pekerja atau kenalan perniagaan) kepada EYSMY, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka untuk pendedahan dan pemprosesan Data Peribadi tersebut selaras dengan Dasar Privasi ini.